Kempen Internet Selamat (Perangi Berita Palsu! Kenali, Semak & Hentikan)
13 Julai 2026 | Aktiviti TerkiniPada 12 Julai 2026, telah diadakan Webinar Kempen Internet Selamat bertajuk “Perangi Berita Palsu! Kenali, Semak & Hentikan” bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi webinar ini boleh ditonton secara atas talian.
Sesi webinar ini bertujuan memberi kesedaran kepada peserta tentang bahaya penyebaran berita palsu serta kepentingan menyemak kesahihan maklumat sebelum mempercayai atau berkongsi maklumat tersebut. Selain itu, peserta mempelajari cara mengenal pasti sumber yang sahih, mengesahkan fakta melalui saluran rasmi, dan mengamalkan penggunaan internet secara beretika serta bertanggungjawab bagi mengelakkan penyebaran maklumat yang mengelirukan kepada pengguna internet yang lain.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: